Wednesday, December 22, 2010

Sungguh malang...

Entah lah apa petunjuk Yang-Maha Esa cuba tunjukkan... satu per satu.. tanpa henti. Pagi ini... baru hendak memulakan hari ku dengan semangat baru.. terbantut.. kedebuk! Entah bagaimanai aku boleh terseliuh.. sakit teramat sangat buku lali kaki.. ketap bibir kuat. Agar tiada siapa yang terdengar. Walau kesakitan, gagahkan jua untuk sampai ke tempat letak kereta. Aduh... apa lah yang engkau cuba beritahu aku Tuhan. Tunjukkan lah dengan jelas.
Sekarang sedikit tempang.... tiap langkah terasa sakit.. bengkak sangat buku lali kaki.. apa kah erti semua ini. Namun terpaksa tahan sakit itu...walau menusuk rasanya sampai ke hulu hati.
Sampai bila nasib begini...? sampai bila?? Mudahan ada sinar di tahun yang baru.. berikan lah petunjuk Mu.

Tuesday, December 21, 2010

:I

Waktu bekerja hampir tamat... tinggal aku sendiri.. menanti detik 11.00mlm untuk pulang... tiba-tiba hati hiba..sayu.. buat kesekian kali, tiada lagi hadiah buat semua. Aku serba kekurangan dan tidak mampu. Air mata begitu setia menemani ku di kala ini. Bergenang.. & akhirnya...menitis butiran mutiara. Kelihatan setiap orang sibuk memilih-milih akan hadiah istimewa buat orang-orang tersayang..aku hanya mampu melihat, buat modal doa sebelum tidur malam ini. Doaku untuk semua.... itu yang termampu.
Tidak juga mampu untuk membawa diri pulang... rindu di hati ini biar hanya aku dan tuhan saja yang tahu. Takut dan malu turut dirasai...bukan kah aku sudah dibuang...???? Mudahan semua dalam keadaan sihat, selamat, gembira, bahagia, dan cukup semuanya.
Biarlah natal kali ini berlalu begitu sahaja... mengharap esok dan hari -hari mendatang yang lebih baik..

Friday, December 17, 2010

:I

Orang lain bekerja sambilan dapat menambah pendapatan.. Hanya suka suka... kerana mengisi masa lapang.. saya? Saya bekerja kerana terdesak dengan harapan dapat membantu aku yang dalam keberhutangan yang tinggi... tidak dihirau orang mengata, berkata, bercerita... "ish, dia ni... tidak cukup-cukup lagi duit gaji ka?" "sanggup pula pegang tuala basah tuuu.. tuala kotor" Memang tidak mengapa untuk memegang tuala-tuala kotor.. yang utama.. aku tidak perlu buat pekerjaan ini jika pada hakiki nya. Namun hanya terpaksa. Bukan senang untuk sengkang mata... dari pagi sampai petang, sambung pula petang sampai ke malam.. teman sejati-air mataku, tetap mengalir membasahi pipi yang kini makin menebal menahan kata sinis, pandangan sinis.. agar tidak jatuh ke hati dan terluka. Aku terima kejadian yang ditakdirkan buat diriku walaupun nyawa ini menjadi taruhan...
kadang itu, terfikir untuk terus berjumpa dengan pencipta-ku.. biarlah ditentukan kedudukan di sisi Nya. Biarlah tamat di situ, tiada lagi yang terluka kerana diriku.
Segala tindak-tanduk, gelagat aku diperhati. Takut takut aku buat lagi. Argh.... jika sudah memang tiada percaya walau sekelumit pun tidak ku patahkan hati ini hanya kerana itu. Sememangnya kelukaan di hati ini telah lama menjadi jamuan... namun tidak perlu untuk ku tunjukkan pada mu syg. Biar hanya aku yang tahu. Biarlah syg berasa megah dengan kemenangan syg. Tidak betah lagi untuk pertahankan diri ini.... ianya telah pun lumat dimamah nanah.
Terbayang... sekiranya aku boleh menjadi tegas dalam apa sahaja terutama sekali mengenai tanggungan. Tidak lah mungkin aku dibuang. Dibuang oleh saudara. Adakah dia faham apa semua itu? Apa yang ditanggung hati ini?

Thursday, December 16, 2010

Sekarang Dah Tahu

Salam Blog,

Hari demi hari makin payah dan rumit kehidupan yang dilalui. Tiada lagi terasa ingin bergurau tawa seperti dahulu nya aku. Sudah diberitahu dari awal yang aku tiada mampu tetapi akan berusaha. Sumber nya lebih besar berbanding apa yang ku perolehi.. tiada percaya.. itu lah dia dari awal lagi... menyesal ka kau? terserah... sedari dulu ku nasihat untuk menyimpan namun dianggap tiada.. family nya teramat penting dimana hingga lupa akan family aku.. adil? Kini.. telah diketahui, argh... mengapa aku lemah mengahadapi amarah nya.?? sedangkan tiada reaksi akan amarah ku... lemahkah aku??

Kini.. meskipun aku berusaha.. tiada kutemu sinar .. jalan keluar.. apa perlu ku buat untuk perbetulkan semuanya.. balik seperti dahulu.. ??? apakah itu..........

Monday, October 25, 2010

Dibuang

Hi Blog,


Lamer menyepi... kini kembali daku berlabuh di pelabuhan ini. Kerna.. kini aku sendiri.. hanya ada sendiri untuk bercerita & mendengar. Sudilah kiranya benarkan aku melakar nukilan hati di dada blog. Disebabkan kesilapan peribadi hidup aku dan dalam mengambil risiko mencuba mencari sumber untuk menyediakan sebuah kehidupan yang lebih baik untuk semua, menjadi titik tolak aku dipersalah.. dipersoal.. dan juga dibuang pada akhir garisan. Tiada lagi usaha untuk mendengar khabar-berita dari ku. Itulah dia.. kehidupan yang sebenar! Aku terima hakikat & takdir hidup ku...... Persoalannya, sampai bila..?? Bila akan berakhir... :(
Ku pohon pada Yang Maha-Esa, masih adakah pintu2 kasihan buat diri ini? Adakah lagi sinar dalam sisa-sisa hidup ini? Entahlah.. keluhan demi keluhan.. merintih... tapi pada siapa? siapa yang sudi mendengar? Tiada......
Pegangan hidup, berbuat baik pasti ada balasan yang baik jua kita terima. Apakah masih boleh digunapakai??? Ingin ku ubah menjadi sedingin salji malam !! Biar dingin !! Jangan rugi ..
Tiada lagi gelak tawa, tegur sapa dari mereka. Tidak mengapa.. biarlah aku mencari dan menanti kehadiran mereka yang ikhlas & setia.
Wahai keluarga tersayang.... Jari 10 kususun rapat pohon keampunan. Doaku akan selalu bersama -sama mu. Meski tiada kepastian, hati berharap & berdoa akan ada sinar sukses & kesenangan kelak. Bak kata pepatah: ada hikmah disebalik sesuatu kejadian itu. Begitu lah hendaknya.

Saturday, September 25, 2010

freedom

Freedom maksud BEBAS. Ya... itu lah dia yang diingini setiap insan di dunia ini. Kebebasan... namun apa yang boleh dikatakan di sini, tiada kebebasan yang sempurna dan tiada juga kebebasan yang tidak diancam.

Kini, jiwa ini inginkan kebebasan tanpa ada apa/siapa yang mempersoalkannya. Sakit hati jadi meluat jadi benci... tidak kira jua mempersoalkannya dari sudut apa sekali pun. Yang utama ada 2, bebas hidup dari belenggu kemiskinan.. ups.. miskin? mungkin tidak mencapai tahap miskin namun susah sepanjang hidup ni...

Wednesday, July 28, 2010

Mungkin...

Mungkin suatu hari nanti, kehidupan akan menjadi lebih baik lebih indah.
Mungkin itu semua hanya mimpi yang meberi rasa bahagia di kala malam.
Mungkin juga tidak akan ada buat selamanya, hanya layak hidup sebegini rupa.
Mungkin kerana sayang aku sakit.
Mungkin kerana kasih aku terluka.
Mungkin kerana cinta aku bisa mati.
Mungkin kerana sakit dan pergi tidak kembali.
Mungkin tiada kebaikan pernah dilakukan dalam hidupku?
Mungkin terlalu mengharap maka sebaliknya terjadi?
Mungkin nasib diri tersurat dan tersiratnya gelap?
Mungkin ada keindahan menanti di hadapan sana...???

semua nya mungkin... barangkali... namun yang pasti...
Tiada lagi gelak tawa dan rasa gembira tatkala kepayahan hidup menghimpit...
Di saat inilah mulai ditinggalkan keseorangan berhadapan dengan cabaran hidup..
Masa inilah nilai itu timbul dengan perbezaan yang cukup ketara...
Akan ku harungi jua kehidupan ini tanpa semua itu...
kuatkan lah semangat hidup, tabahlah hati, tajam lah minda,murahkan lah rezeki, berkati lah usaha dan langkah ku ini ya Tuhan.

Biarlah apa tanggapan orang... sesiapapun... kerana aku yang punyai hati ini. aku yang punya hidup ini.