Thursday, December 17, 2009

Sekian Lama.....

Hi blog.... minta maaf kerana terlalu lama meninggalkan mu sejak beberapa bulan ini. Bukan lupa cuma tidak berdaya untuk saya terus melakar kata di laman ini.

Sejak beberapa bulan yang lepas dan boleh dikatakan tahun ini merupakan sejarah hitam yang terpalit dalam diary hidup ku sebagai seorang anak... abang... pekerja... kawan & kekasih. Terlalu pekat hitam itu sehingga rasa kalah menyembah bumi... ingin sahaja ditamatkan riwayat hidup agar sejarah tiada ruang untuk berulang. Bukan tidak berusaha perbaiki.... namun seperti tiada ruang untuk bangun semula....

Tertanya-tanya... adakah tertulis hidupku sebegini selamanya...? Tiadakah kebaikan yang pernah dilakukan...? namun kesedaran mencengkam minda... semua ini salah siapa? siapa punya angkara? ah... siapa lagi... hanya dirimu sendiri. Bukan sesiapa! Sekiranya benar, betul keperitan ini berpunca dari pihak kedua...namun adakah mereka merasa apa yang dirasa.. berfikir sepertimana saya... Tidak! Tidak akan sama.... meskipun dirasai tidak akan menyeluruh...

Betapa ku dilema dalam pekerjaan ku... tiada siapa yang tahu. Meskipun diherdik, dicaci, dimaki, dan dipandang rendah dan dipulau.... hanya senyuman yang mampu ku beri. komputer ofis menjadi teman baik ku... Dia melihat airmata mengalir di pipi... dia menerima dan mendengar luahan dan rintihan ku. Tiada pernah berbalas mengeluh, setia...... Biar berusaha.. biar hasil nya sempurna.. tiada penghargaan buat mu. Malah pencapaian itu menjadi milik orang lain. Hasilnya buat kita? tetap prejudis dan diskriminasi....

Kehidupan yang makin merosot, corot. Tiada lagi huluran kepada mereka... tiada lagi elaun hidup... sebaliknya mereka pula yang berhempas pulas sendirian. Lebih teruk! Ansuran kereta juga dikebas buat duit belanja... anak derhaka... pasti itu gelaran buat diriku.. adakah sama spesis si tanggang??? Dalam doa ku pohon maaf.... kemaafan yang tiada sudah.. Tiada kesenangan diberi malah bertambah kesusahan dijunjung atas bahu mereka... Selayaknya aku tidak dilahirkan ke dunia ini... hanya derita bersulam luka di hati mereka yang kubekalkan... Pernah ku menyatakan ingin membahagiakan mereka..namun salah diriku sendiri...
Sebagai abang... juga gagal. Namun di awal ketibaannya di sini sebagai seorang siswi begitu menyakinkan kerana abangnya telah bekerja dan mampu memenuhi keperluan dirinya. Mana lagi tempat bergantung jika bukan pada ku. Namun pada tahun akhir yang genting seorang pelajar tetap direntang dengan dugaan. Aku gagal menunaikan tanggungjawab ku, memandangkan aku juga tiada mampu. Maafkanlah abangmu ini. Nasib dia baik kerana mempunyai teman lelaki yang sayang dan faham keadaan sang kekasih nya. Cuba memenuhi keperluan adik ku biar hanya sedikit. Aku malu.... malu untuk mengaku diri ini abang. Layakkah aku? Terima kasih wahai sang pencinta.... budimu hanya tuhan yang mampu membalasnya.
Kekasih.... bukan kesempurnaan yang ku pohon... hanya dfahami dan didengari. Jahat & Jahil diriku menyakitimu... maaf jua ku pohon. Aku insan biasa yang tidak sempurna dan tidak punya apa2... sememangnya itu lah takdir kelahiranku... baik rupa mahupun harta. aku berharap aku menjadi sempurna bersama mu.
Teringat mula2 berkenalan... berjumpa dan bercanda. Teman2 sememangnya ramai.. gelak tawa dan kenangan bersama mereka indah. Namun disebalik keindahan yang tercipta.. aku buta menilai persahabatan itu. Mana intan... mana kaca.. mana plastik semata-mata. Indah bersama sewaktu kita senang dan punya segalanya untuk dikongsikan bersama mereka. Meskipun disembunyikan kepayahan mereka... aku yang memahami dari sesiapa pun yang ada kerana kehidupanku yang susah dan tiada siapa menolong... semuanya sendiri... kini teringin untuk meringankan beban yang ditanggung di bahu mereka. ku hulur ku gegas buat teman2 tanpa kira siapa.... ahhhh waktu itu kedengaran janji manis padaku. Saat telah tiba untuk persahabatan itu diuji.... kini... diriku dipalit beban... tiada siapa yang peduli walaupun telah kubutirkan kerisauan begini dan begitu. aku hanya dijamukan lirikan mata dan kata2 "biasalah... bukan selalu senang" Tuhan saja yang tahu... betapa malunya aku... aku memohon pada yang tak sudi... tatkala mereka telah senang..... terasa BODOH! Mengapa lah aku mengadu pada tak sudi... Benar kata pepatah... kawan senang gelak tawa ramai namun yang sama susah amat kurang. Terima kasih pada yang LUPA akan diriku... tiada akan ada lagi perkongsian kesenangan buat kalian. Itu janji ku. Jangan ditanya kenapa... kerana orang seperti kamu tidak akan ada rasa bersalah..sebaliknya akan mencercah semula... sudahlah....
Wahai blog... mungkin benar tiada siapa yang faham... tuhan mencipta peribadi manusia berza-beza. complicated.. namun ku tahu aku seorang yang simple sahaja... pada persepsi ku sendiri. Persoalan yang sering bermain di mindaku ialah... akan adakah sinar baru buatku..? adakah peluang untuk bangun semula...? Jika tidak.... tuhan.. ambillah aku semula... syurga atau neraka tidak mengapa...
I love u all