Wednesday, May 27, 2009

Consturction WOrker To Be

tik tok tik tok.... dah sebulan lebih berkhidmat di tempat baru. Perasaan senang & sayang langsung tidak wujud dalam diri ini. Makin hari makin malas & tawar pula. Dah puas bertafakur.. menuntut ketenangan di jiwa & minda untuk terus menghadapinya. Tapi I masih gagal lagi. Masih jauh tanganku untuk menggapai semua itu... adui.. payah nya... Tidak terasa ada friend dalam department ini.. Biasa lah semua main politik... bezanya jadi YB atau belum lagi... itu sahaja. Bosan dengan semua itu! Perlu ker ?!

Paling penting sekarang ini bercakap harus tahu bagaimana untuk berkias-kias. Kiasan yang bunyi indah tetapi perlu mempunyai suntikan maut mengena tepat pada JANTUNG si penerima. Hehehehe.. I learn from the best, my bos! Yang sial nyer ada seorang officer yang menjawat jawatan sebagai diplomat tetapi perangai macam HANJENG! Kurang ajar! Elok molek lagi mereka yang yatim piatu.... walaupun tiada mak bapa tetap berperangai manusia berakal. Memang akan kene HANJENG dengan orang juga satu hari nanti dia tuuu... biar padan muka dia.

Di sini, jangan cakap banyak... ikut sahaja peraturan "SYMP" yang memang sebati dengan owang-owang gomen.

Im thinking to QUIT govt. job & start with something new. Which yang so me... & maybe can earn more. Tapi bila fikir dalam2... bukan senang sekarang ni nak cari kerja. Bisnes?? DOn;t say it.. mana ada modal nak buka bisnes sendiri... Best juga kan kalau ada bisnes sendiri. Im the bos ! & Im the worker too! But if Bussines I choose.. what kind of services... what products I gonna sale... hmmm... what i'm good at?! Can;t figure it out at the moment....

SO business it is??? Ah... Im good as a PA actually..... Where I can find a job as a PA with big money.... hahahaha....

Saturday, May 16, 2009

Sabah Trip

" Balik kampung.. oooo... balik kampung... hati girang..."
Itulah lagu berkumandang di hati ini. Tidak sabar terbang di awan biru untuk pulang ke kampung halaman. 2 minggu cuti youuu.. bukan alang-alang itu. Hahahaha.... Sampai ada yang berbisik "balik kahwin kah boss?". Biasa lah budak-budak ofis menyakat.. Ha?! Kahwin?! Mengucap panjang aku... Siapakah wanita malang itu... Kesian dia kalau jadi bini aku ini. Kerja memang lah ada.. tapi duit makan tak pernah nak cukup.. (ikat perut juga.. selalu). Hehehehe..... nasib baiklah di ofis itu tidak banyak tempat makan.. bukan macam di PBD.. Itu pun menjadi salah satu alasan untuk duduk sahaja di ofis sampai habis waktu kerja.. huhuhuhu... bukan nak buat korang sedih wahai pembaca ku yang setia ( if any) cuma saja berkongsi. Nak kata nasib aku buruk indak juga.. tapi kalau muka indak laku tuu aku terima jak larrr. Apa boleh buat, memang dah tak handsome pon..... :-P
Dah jauh terpesong dari tajuk posting.. sorry.. sorry.. sorry.. kita kembali ke pangkal jalan. Upsss.. Kali ini .. ada teman-teman yang rapat dengan aku ikut sekali balik kampung, nak tengok keindahan kampung halamanku. Risau juga di hati, bila memikirkan keadaan pondok buruk keluargaku berteduh... boleh diiibaratkan seperti kain yang dah "compang-camping" dah.. maklumlah.. rumah papan beratap zink sahaja. Sedih hati mengenangkannya... ( Entah bila boleh merasa duduk di rumah yang sedikit selesa dari itu, walau apapun aku tetap bersyukur.. tidak ku minta lebih daripada Yang Esa. ) Usaha penting untuk mendapatkannya... right? Yeah.... huhuhuhu....
Trip kali ini telah dirancang 1/2 tahun lebih awal. Kelakarnya.... dah tiba tarikh bertolak masing-masing "gak cukup ongkosnya" alah.. bukan nak belanja mahal-mahal pun.. Spend what you have in your pocket larrr.. Yang penting... semua aktiviti dibuat MELETZ dan menjadi "Kenangan Terindah"... hahahaha.... Walaupun begitu.. sebagai hos kepada teman-teman & a'a. Aku belanja dorang makan seafood. Hahahaha.. sendiri pun terliur bila teringat betapa sedap & murah nya makanan laut segar di sini. Hahahaha... Jangan jeles tau. Once in awhile.. kata orang puteh. :-) Yang Syoknyer.. biler tengok diorang makan.. huhuhuhuu.... berselera! Dari guna sudu & garpu dipermulaan acara.... lagi berselera dengan tangan.. "finger lickin good!" hahahaha... aku harap diorang happy lah with the treat!

(Teman2 ku. 2org ni mesra.. Macam pergi tak kembali daaaa..)



(Hidupan laut hidup dalam aquarium tunggu masa sahaja dimasak.. yummy...)