Tuesday, January 18, 2011

Berat rasa hendak bernafas... keluhan kecil mesti kedengaran. Kerisauan melanda disebabkan masalah menggunung. Kesedihan hati disebabkan kekurangan-kekurangan yang ada. Cuba untuk bersikap positif terhadap apa yang berlaku.. namun, aku juga perlukan sokongan bukan sahaja dari segi moralnya, tetapi juga dari segi lain2nya.


Baru ketahuan, orang yang paling dekat dengan kita berasa dibebani dan terpalit beban yang ada...bukan itu niat dan doaku... usaha demi usaha telah dilakukan bagi mengatasi masalah yang dihadapi.. hanya keluhan, itu habuan ku... digagahi segala kudrat yang ada.. melangkah perlahan untuk mencari sinar di hujung sana. Perjalanan ini diiringi doa ku sendiri.. mudahan Yang Maha-Esa masih menyayangi umat Nya yang 1 ini.

Wednesday, January 5, 2011

Tahun 2010

2010 telah lama meninggalkan kita. Pejam celik dah Tahun 2011, tahun yang baru. Syukur & tahniah kepada semua yang mencapai kejayaan, mimpi jadi nyata, bahagia di tahun 2010. Tahun 2010 merupakan tahun GELAP aku. Segalanya GELAP... boleh dikatakan sepanjang tahun itu, kemurungan, ketakutan, kerisauan, kekurangan, ancaman, dipersoal, rasa keseorangan, kelukaan.... yang teramat sangat! Tiada dapat diungkapkan dengan kata! Benar! Mungkin jika diceritakan, korang tidak akan percaya. Apatah lagi pergaduhan di antara aku dan keluarga.... punca? entah lah..... sesungguhnya hanya Tuhan yang mengetahui apa yang telah kulalui... dugaan datang tanpa kenal erti penat.. belum 1 selesai timbul hal lain... berangkai.. seolah-olah seperti "spam / chain mail" pulak. Adakah itu balasan ke atas kejahatan yang telah ku lakukan? apakah kejahatan itu? Jahat sangat ka? Tiada pernah ka kebaikan yang aku buat? persoalan itu lah yang selalu bermain-main di fikiran. Airmata? Itu lah peneman sejati ku... hanya ia yang memahami. Sekurang-kurangnya... masih ada yang sudi...
Tahun 2010. Tahun hampa, Tahun kelukaan yang amat!!