Wednesday, July 28, 2010

Mungkin...

Mungkin suatu hari nanti, kehidupan akan menjadi lebih baik lebih indah.
Mungkin itu semua hanya mimpi yang meberi rasa bahagia di kala malam.
Mungkin juga tidak akan ada buat selamanya, hanya layak hidup sebegini rupa.
Mungkin kerana sayang aku sakit.
Mungkin kerana kasih aku terluka.
Mungkin kerana cinta aku bisa mati.
Mungkin kerana sakit dan pergi tidak kembali.
Mungkin tiada kebaikan pernah dilakukan dalam hidupku?
Mungkin terlalu mengharap maka sebaliknya terjadi?
Mungkin nasib diri tersurat dan tersiratnya gelap?
Mungkin ada keindahan menanti di hadapan sana...???

semua nya mungkin... barangkali... namun yang pasti...
Tiada lagi gelak tawa dan rasa gembira tatkala kepayahan hidup menghimpit...
Di saat inilah mulai ditinggalkan keseorangan berhadapan dengan cabaran hidup..
Masa inilah nilai itu timbul dengan perbezaan yang cukup ketara...
Akan ku harungi jua kehidupan ini tanpa semua itu...
kuatkan lah semangat hidup, tabahlah hati, tajam lah minda,murahkan lah rezeki, berkati lah usaha dan langkah ku ini ya Tuhan.

Biarlah apa tanggapan orang... sesiapapun... kerana aku yang punyai hati ini. aku yang punya hidup ini.

No comments: