Tuesday, January 18, 2011

Berat rasa hendak bernafas... keluhan kecil mesti kedengaran. Kerisauan melanda disebabkan masalah menggunung. Kesedihan hati disebabkan kekurangan-kekurangan yang ada. Cuba untuk bersikap positif terhadap apa yang berlaku.. namun, aku juga perlukan sokongan bukan sahaja dari segi moralnya, tetapi juga dari segi lain2nya.


Baru ketahuan, orang yang paling dekat dengan kita berasa dibebani dan terpalit beban yang ada...bukan itu niat dan doaku... usaha demi usaha telah dilakukan bagi mengatasi masalah yang dihadapi.. hanya keluhan, itu habuan ku... digagahi segala kudrat yang ada.. melangkah perlahan untuk mencari sinar di hujung sana. Perjalanan ini diiringi doa ku sendiri.. mudahan Yang Maha-Esa masih menyayangi umat Nya yang 1 ini.

No comments: