Freedom maksud BEBAS. Ya... itu lah dia yang diingini setiap insan di dunia ini. Kebebasan... namun apa yang boleh dikatakan di sini, tiada kebebasan yang sempurna dan tiada juga kebebasan yang tidak diancam.
Kini, jiwa ini inginkan kebebasan tanpa ada apa/siapa yang mempersoalkannya. Sakit hati jadi meluat jadi benci... tidak kira jua mempersoalkannya dari sudut apa sekali pun. Yang utama ada 2, bebas hidup dari belenggu kemiskinan.. ups.. miskin? mungkin tidak mencapai tahap miskin namun susah sepanjang hidup ni...
Saturday, September 25, 2010
Wednesday, July 28, 2010
Mungkin...
Mungkin suatu hari nanti, kehidupan akan menjadi lebih baik lebih indah.
Mungkin itu semua hanya mimpi yang meberi rasa bahagia di kala malam.
Mungkin juga tidak akan ada buat selamanya, hanya layak hidup sebegini rupa.
Mungkin kerana sayang aku sakit.
Mungkin kerana kasih aku terluka.
Mungkin kerana cinta aku bisa mati.
Mungkin kerana sakit dan pergi tidak kembali.
Mungkin tiada kebaikan pernah dilakukan dalam hidupku?
Mungkin terlalu mengharap maka sebaliknya terjadi?
Mungkin nasib diri tersurat dan tersiratnya gelap?
Mungkin ada keindahan menanti di hadapan sana...???
semua nya mungkin... barangkali... namun yang pasti...
Tiada lagi gelak tawa dan rasa gembira tatkala kepayahan hidup menghimpit...
Di saat inilah mulai ditinggalkan keseorangan berhadapan dengan cabaran hidup..
Masa inilah nilai itu timbul dengan perbezaan yang cukup ketara...
Akan ku harungi jua kehidupan ini tanpa semua itu...
kuatkan lah semangat hidup, tabahlah hati, tajam lah minda,murahkan lah rezeki, berkati lah usaha dan langkah ku ini ya Tuhan.
Biarlah apa tanggapan orang... sesiapapun... kerana aku yang punyai hati ini. aku yang punya hidup ini.
Monday, July 19, 2010
Terus diuji
Sebeban hilang 2 3 beban mendatang... bertambah menimpa... mengeluh tiada guna, mengungkap tiada kata, menghela semput rasa, difikir pening kepala. Tatkala susah sang cinta, aku gegas dalam diam & hasilnya...naaa... selesai. Tiada perlu ditanya kuhulurkan penuh yang diperlukan, ku redha kan risau di hati, beban di bahu. Tatkala aku..... akan dipersoalkan tanpa ditimbang baikku.. buta kah atau tiada perhatian diberi?
Hanya mampu tersenyum... itu sahaja lah yang mampu... senyum penyejuk telinga yang panas, sebagai pujukan hati yang merajuk... kerana tiada pujukan untuk ku. Aku... hanya aku?
Beban...beban.. biler akan berkurang???
Thursday, June 3, 2010
:)
Bila termenung seorang.. pasti air mata ini mengalir lagi. Tidak kira mana jasad ini berada... Masih bersyukur ke hadrat ilahi memberikan peluang untuk terus hidup di dunia, namun perlukah ia menjadi sukar hari demi hari. Aiiiii.....

samb. 6/11/2010
Terasa ingin sambungkan nukilan posting ini... sememangnya aku panjatkan kesyukuran ke hadrat ilahi atas kurniaan-Nya memberikan penghiudpan yang kesekian kali buat diri ini. Namun, penderitaan dan dugaan yang melanda hidup tiada henti.. tiada kulihat titik NOKTAH ! Arrgh... kesusahan hati ini tiada yang faham.. dan mampukah terus-menerus perjelaskan diri ini. Penat...
Mengalir juga ia dikala malam dibuai mimpi.. terlalu panjang mimpi ngeri ini. satu persatu, berulang-ulang. Kadang aku berfikir, apakah punca nya? Manakah silapnya aku? Dihukum tanpa henti......
Baik disentak saja nafas, terhenti di situ... terhenti semuanya.
Monday, May 17, 2010
I missing you!
Dear blog,
I am sorry have left you behind all these days... I have no access to net plus I have no lappy anymore. You know that... :p
I have so much to tell... to share with you... because so many things happened to me & yet no one care to understand. All blaming... only me know what is inside. should I tell? na.... what the point telling if no one care to understand...
Is true... beautiful & amazing thing only happened to beautiful & amazing person.. an ugly & stupid like me... will only watching those magic works for others...

Thursday, December 17, 2009
Sekian Lama.....
Hi blog.... minta maaf kerana terlalu lama meninggalkan mu sejak beberapa bulan ini. Bukan lupa cuma tidak berdaya untuk saya terus melakar kata di laman ini.
Sejak beberapa bulan yang lepas dan boleh dikatakan tahun ini merupakan sejarah hitam yang terpalit dalam diary hidup ku sebagai seorang anak... abang... pekerja... kawan & kekasih. Terlalu pekat hitam itu sehingga rasa kalah menyembah bumi... ingin sahaja ditamatkan riwayat hidup agar sejarah tiada ruang untuk berulang. Bukan tidak berusaha perbaiki.... namun seperti tiada ruang untuk bangun semula....
Tertanya-tanya... adakah tertulis hidupku sebegini selamanya...? Tiadakah kebaikan yang pernah dilakukan...? namun kesedaran mencengkam minda... semua ini salah siapa? siapa punya angkara? ah... siapa lagi... hanya dirimu sendiri. Bukan sesiapa! Sekiranya benar, betul keperitan ini berpunca dari pihak kedua...namun adakah mereka merasa apa yang dirasa.. berfikir sepertimana saya... Tidak! Tidak akan sama.... meskipun dirasai tidak akan menyeluruh...
Betapa ku dilema dalam pekerjaan ku... tiada siapa yang tahu. Meskipun diherdik, dicaci, dimaki, dan dipandang rendah dan dipulau.... hanya senyuman yang mampu ku beri. komputer ofis menjadi teman baik ku... Dia melihat airmata mengalir di pipi... dia menerima dan mendengar luahan dan rintihan ku. Tiada pernah berbalas mengeluh, setia...... Biar berusaha.. biar hasil nya sempurna.. tiada penghargaan buat mu. Malah pencapaian itu menjadi milik orang lain. Hasilnya buat kita? tetap prejudis dan diskriminasi....
Kehidupan yang makin merosot, corot. Tiada lagi huluran kepada mereka... tiada lagi elaun hidup... sebaliknya mereka pula yang berhempas pulas sendirian. Lebih teruk! Ansuran kereta juga dikebas buat duit belanja... anak derhaka... pasti itu gelaran buat diriku.. adakah sama spesis si tanggang??? Dalam doa ku pohon maaf.... kemaafan yang tiada sudah.. Tiada kesenangan diberi malah bertambah kesusahan dijunjung atas bahu mereka... Selayaknya aku tidak dilahirkan ke dunia ini... hanya derita bersulam luka di hati mereka yang kubekalkan... Pernah ku menyatakan ingin membahagiakan mereka..namun salah diriku sendiri...

Sebagai abang... juga gagal. Namun di awal ketibaannya di sini sebagai seorang siswi begitu menyakinkan kerana abangnya telah bekerja dan mampu memenuhi keperluan dirinya. Mana lagi tempat bergantung jika bukan pada ku. Namun pada tahun akhir yang genting seorang pelajar tetap direntang dengan dugaan. Aku gagal menunaikan tanggungjawab ku, memandangkan aku juga tiada mampu. Maafkanlah abangmu ini. Nasib dia baik kerana mempunyai teman lelaki yang sayang dan faham keadaan sang kekasih nya. Cuba memenuhi keperluan adik ku biar hanya sedikit. Aku malu.... malu untuk mengaku diri ini abang. Layakkah aku? Terima kasih wahai sang pencinta.... budimu hanya tuhan yang mampu membalasnya.
Kekasih.... bukan kesempurnaan yang ku pohon... hanya dfahami dan didengari. Jahat & Jahil diriku menyakitimu... maaf jua ku pohon. Aku insan biasa yang tidak sempurna dan tidak punya apa2... sememangnya itu lah takdir kelahiranku... baik rupa mahupun harta. aku berharap aku menjadi sempurna bersama mu.
Teringat mula2 berkenalan... berjumpa dan bercanda. Teman2 sememangnya ramai.. gelak tawa dan kenangan bersama mereka indah. Namun disebalik keindahan yang tercipta.. aku buta menilai persahabatan itu. Mana intan... mana kaca.. mana plastik semata-mata. Indah bersama sewaktu kita senang dan punya segalanya untuk dikongsikan bersama mereka. Meskipun disembunyikan kepayahan mereka... aku yang memahami dari sesiapa pun yang ada kerana kehidupanku yang susah dan tiada siapa menolong... semuanya sendiri... kini teringin untuk meringankan beban yang ditanggung di bahu mereka. ku hulur ku gegas buat teman2 tanpa kira siapa.... ahhhh waktu itu kedengaran janji manis padaku. Saat telah tiba untuk persahabatan itu diuji.... kini... diriku dipalit beban... tiada siapa yang peduli walaupun telah kubutirkan kerisauan begini dan begitu. aku hanya dijamukan lirikan mata dan kata2 "biasalah... bukan selalu senang" Tuhan saja yang tahu... betapa malunya aku... aku memohon pada yang tak sudi... tatkala mereka telah senang..... terasa BODOH! Mengapa lah aku mengadu pada tak sudi... Benar kata pepatah... kawan senang gelak tawa ramai namun yang sama susah amat kurang. Terima kasih pada yang LUPA akan diriku... tiada akan ada lagi perkongsian kesenangan buat kalian. Itu janji ku. Jangan ditanya kenapa... kerana orang seperti kamu tidak akan ada rasa bersalah..sebaliknya akan mencercah semula... sudahlah....
Wahai blog... mungkin benar tiada siapa yang faham... tuhan mencipta peribadi manusia berza-beza. complicated.. namun ku tahu aku seorang yang simple sahaja... pada persepsi ku sendiri. Persoalan yang sering bermain di mindaku ialah... akan adakah sinar baru buatku..? adakah peluang untuk bangun semula...? Jika tidak.... tuhan.. ambillah aku semula... syurga atau neraka tidak mengapa...
I love u all
Sunday, August 30, 2009
SALE !!
USED NOTEBOOK FOR SALE!!!!!
DON;T MISSED IT!!!!
SONY VAIO - CS SERIES
WHITE COLOUR
INTEL PENTIUM(R) DUAL-CORE PROCESSOR
WINDOWS VISTA (R) HOME PREMIUM
MEMORY 2 GB (upgraded)
COMES WITH COMPLETE PACKAGE :
MICROSOFT OFFICE VISTA HOME BASIC (ORI)
AN GENUINE NORTON ANTIVIRUS SUBCRIPTION
CODELESS OPTIC MOUSE (RM200++) if you buy laptop from any shop the mouse is side purchase.
PIERRE CARDIN BACKPACK
EXCELLENCE CONDITION
USE ABOUT 8 MONTHS - LESS THAN A YEAR!
ASKING PRICE -RM2800.00 - GREAT DEAL!!
GENUINE BUYER PLS CONTACT OR SMS AT
019-388 2988
012- 978 1795
_____________________________________________
NEW SET SELLING PRICE AT SHOP IS RM3500.00
W/OUT MICROSOFT OFFICE OR ANITVIRUS
SO THINK BOUT IT! YOU SAVE A LOT WITH ALL EXTRA I GIVE YOU AS BUYER.
Subscribe to:
Posts (Atom)