Saturday, May 16, 2009

Sabah Trip

" Balik kampung.. oooo... balik kampung... hati girang..."
Itulah lagu berkumandang di hati ini. Tidak sabar terbang di awan biru untuk pulang ke kampung halaman. 2 minggu cuti youuu.. bukan alang-alang itu. Hahahaha.... Sampai ada yang berbisik "balik kahwin kah boss?". Biasa lah budak-budak ofis menyakat.. Ha?! Kahwin?! Mengucap panjang aku... Siapakah wanita malang itu... Kesian dia kalau jadi bini aku ini. Kerja memang lah ada.. tapi duit makan tak pernah nak cukup.. (ikat perut juga.. selalu). Hehehehe..... nasib baiklah di ofis itu tidak banyak tempat makan.. bukan macam di PBD.. Itu pun menjadi salah satu alasan untuk duduk sahaja di ofis sampai habis waktu kerja.. huhuhuhu... bukan nak buat korang sedih wahai pembaca ku yang setia ( if any) cuma saja berkongsi. Nak kata nasib aku buruk indak juga.. tapi kalau muka indak laku tuu aku terima jak larrr. Apa boleh buat, memang dah tak handsome pon..... :-P
Dah jauh terpesong dari tajuk posting.. sorry.. sorry.. sorry.. kita kembali ke pangkal jalan. Upsss.. Kali ini .. ada teman-teman yang rapat dengan aku ikut sekali balik kampung, nak tengok keindahan kampung halamanku. Risau juga di hati, bila memikirkan keadaan pondok buruk keluargaku berteduh... boleh diiibaratkan seperti kain yang dah "compang-camping" dah.. maklumlah.. rumah papan beratap zink sahaja. Sedih hati mengenangkannya... ( Entah bila boleh merasa duduk di rumah yang sedikit selesa dari itu, walau apapun aku tetap bersyukur.. tidak ku minta lebih daripada Yang Esa. ) Usaha penting untuk mendapatkannya... right? Yeah.... huhuhuhu....
Trip kali ini telah dirancang 1/2 tahun lebih awal. Kelakarnya.... dah tiba tarikh bertolak masing-masing "gak cukup ongkosnya" alah.. bukan nak belanja mahal-mahal pun.. Spend what you have in your pocket larrr.. Yang penting... semua aktiviti dibuat MELETZ dan menjadi "Kenangan Terindah"... hahahaha.... Walaupun begitu.. sebagai hos kepada teman-teman & a'a. Aku belanja dorang makan seafood. Hahahaha.. sendiri pun terliur bila teringat betapa sedap & murah nya makanan laut segar di sini. Hahahaha... Jangan jeles tau. Once in awhile.. kata orang puteh. :-) Yang Syoknyer.. biler tengok diorang makan.. huhuhuhuu.... berselera! Dari guna sudu & garpu dipermulaan acara.... lagi berselera dengan tangan.. "finger lickin good!" hahahaha... aku harap diorang happy lah with the treat!

(Teman2 ku. 2org ni mesra.. Macam pergi tak kembali daaaa..)



(Hidupan laut hidup dalam aquarium tunggu masa sahaja dimasak.. yummy...)

No comments: