Saturday, February 12, 2011

;-l

Hari yang sepatutnya untuk membuat persiapan menyambut hari kebesaran berkasih disirami air penghakiman. Bila diingat kembali, setiap kali saat kehadiran hari2 istimewa buat diri ini mesti ditimbulkan jua kesalahan yang telah dihakimi. Meskipun tiada kelakuan seperti yang dinyatakan. Aku terima itu. Sememangnya aku pernah melakukan kesalahan.
Berdarah hati ini tatkala dikatakan, dilakukan seperti hamba pada diri ini. Tidak disangka sampai begitu sekali jahatnya aku. Siapa yang lebih berusaha? Buta kah hati itu untuk menilai? Benar kata orang tua-tua, tatkala hati membakar semuanya salah. Namun bukan hanya sekali ini, aku diperkatakan seperti itu. Benarkah aku memperlakukan diri sebegitu.... ? Malu dan segan menyelebungi diri sebab takut sekiranya ada perkara2 yang dilakukan buat diri ini, kerana tidak sanggup untuk dengar sekali lagi akan kenyataan memperhambakan dirimu. Cukup lah untuk penghakiman yang dilafazkan. Hina ke tahap mana lagi kah aku ini...... biarlah buruk & hodoh & miskin...

No comments: