Friday, December 17, 2010

:I

Orang lain bekerja sambilan dapat menambah pendapatan.. Hanya suka suka... kerana mengisi masa lapang.. saya? Saya bekerja kerana terdesak dengan harapan dapat membantu aku yang dalam keberhutangan yang tinggi... tidak dihirau orang mengata, berkata, bercerita... "ish, dia ni... tidak cukup-cukup lagi duit gaji ka?" "sanggup pula pegang tuala basah tuuu.. tuala kotor" Memang tidak mengapa untuk memegang tuala-tuala kotor.. yang utama.. aku tidak perlu buat pekerjaan ini jika pada hakiki nya. Namun hanya terpaksa. Bukan senang untuk sengkang mata... dari pagi sampai petang, sambung pula petang sampai ke malam.. teman sejati-air mataku, tetap mengalir membasahi pipi yang kini makin menebal menahan kata sinis, pandangan sinis.. agar tidak jatuh ke hati dan terluka. Aku terima kejadian yang ditakdirkan buat diriku walaupun nyawa ini menjadi taruhan...
kadang itu, terfikir untuk terus berjumpa dengan pencipta-ku.. biarlah ditentukan kedudukan di sisi Nya. Biarlah tamat di situ, tiada lagi yang terluka kerana diriku.
Segala tindak-tanduk, gelagat aku diperhati. Takut takut aku buat lagi. Argh.... jika sudah memang tiada percaya walau sekelumit pun tidak ku patahkan hati ini hanya kerana itu. Sememangnya kelukaan di hati ini telah lama menjadi jamuan... namun tidak perlu untuk ku tunjukkan pada mu syg. Biar hanya aku yang tahu. Biarlah syg berasa megah dengan kemenangan syg. Tidak betah lagi untuk pertahankan diri ini.... ianya telah pun lumat dimamah nanah.
Terbayang... sekiranya aku boleh menjadi tegas dalam apa sahaja terutama sekali mengenai tanggungan. Tidak lah mungkin aku dibuang. Dibuang oleh saudara. Adakah dia faham apa semua itu? Apa yang ditanggung hati ini?

No comments: