Wednesday, September 10, 2008

End Of Trip

Hari ini merupakan hari terakhir operasi pemantauan. Penat jangan ditanya, tambahan pula cuaca tidak menentu. Kejap hujan kejap cerah. Pelbagai ragam pengurus & pekerja di setiap kedai/premis yang dipantau. Ada gelabah, ada yang marah, keliru, buat-buat garang... pendek kata macam-macam... ada yang sampai menganggap kami ini kaki kacau yang bawa "suweh". Aduh... kalau melihat pada rupa. Semua pegawai handsome, macho, smart. Tapi yang paling meletup antara semua of courselah si editor blog ini..hihihi.... cayalah! Habis satu pekan Muar kami ronda. Gigih!

Tetiba semangat nak all-out terbantut! Tau kenapa? Entah apa punya "ong" kami semua En.M ada di dalam van dengan kemeja match tie dia. Kononnya nak join sekali buat pemantauan... padahal hanya berdiri sambil tangan silang depan dada tengok sahaja. Hah.... ni paling menarik antara semua scene, dia masuk ke dalam kedai yang kami tengah periksa terus sergah tak tentu fasal. Niat dia baik hendak menolong, tapi keadaan bertukar jadi haru sekejap. Melopong kitorang yang ada di dalam kedai, hilang mood! Tambah pula pengaman A datang menjerit-jerit " Mana tauke?! Keluarlah, inikah cara u mau layan orang penguatkuasa!" Pucat-lesi awek-awek cun staff kedai itu. pengaman A yang sengal ni, suka sergah-sergah. Cian awek tu. Nasib baik En.M tak lama terus balik ke hotel. Pakai ala smart untuk satu jam sahaja, motif? Insiden tadi terus menjadi bahan panas - gosip. Walaupun bengang kitorang kerja tetap mau jalan. Pada jam 4.00 petang, Ucop Sontorian dengan kuasa mohor nasi lomaqs "new village" mengumumkan setakat sini sahaja tugas hari ini. Mission accomplished, Bravo! Baik juga Ucop jadi bos... Jasamu dikenang...