Tuesday, September 16, 2008

Lampu Lip-Lap Raya

Sampai ofis terasa tenang semacam, tidak rasa boring ataupun menyampah. Hati pula berlagu riang... lalalalala..... sejurus punggung berlabuh di kerusi ofis yang keras empuknya, tangan mencapai punat "start" untuk hidupkan komputer. Pagi-pagi lagi semak baki duit dalam Maybank menerusi online, RM80.00 terpampang pada skrin monitor. Hm... tiada pertambahan. Claim out-station belum masuk lagi, lamanya..! Tapi hal ini sedikit pun tidak hilangkan mood. Jam 10.00, saya diarahkan kerja luar. Senang hati pula saya turut perintah. Pelik pelik pelik.....

Selesai kerja luar, terus menuju ke Bangsar South menjemput a'a hantar pergi tempat kerja. Sempat pujuk dia temankan pergi Carrefour beli lampu lip-lap raya. Banyak pilihan... tapi beli yang termampu sahaja lah... yang penting kene kreatif. Betul tak? 3 jenis lampu saya beli. Dalam otak sudah terfikir macam mana nak hias lampu ni.

Macam biasalah, sebelah petang pergi gym join hip-hop. Pastu buat bhg. abs pula. Berpeluh-peluh! Lencun satu badan. Dalam jam 10.00, saya balik rumah dulu, rehat. Sementara tunggu a'a habis kerja jam 12mlm. Ingat nak lelap jap, tapi tidak jadi. Usaha untuk memasang lampu lip-lap diteruskan. 1 jam buat. Akhirnya siap juga.... "klik" tah...dah.... gemerlapan lampu bertukar-tukar warna. chanteks! Tengok jam dah jam 12mlm, bergegas saya capai kunci kereta. Brooommmmmm......... terus mengambil hati yang satu ittew. Happy & syukur kehidupan hari ini berjalan dengan aman,damai dan gembira. Love a'a!

No comments: