Tuesday, September 9, 2008

Out-Station

Tanpa disangka saya terima secara PAKSA menyertai pasukan operasi ke Muar, Johor. Tidak punya pilihan! En.M memberi kata putus semalam. Muktamad! Keluar sahaja dari bilik En.M "Hish.... dia ni tak penat2 ker nak out-station. Dah lah kopak, claim tak masyuk. Bulu adar banyak larrr.." Terlopong Ucop Sontorian mendengarnya kemudian dengan lirik mata Ucop bagi isyarat. Oh God.... apar darrrr, saya tercharut depan En.M . Dia dengar atau tidak, saya tidak tahu. Sebab dia buat muka bodoh & selamber jer. Dalam hati "I....takut!Silap2 misai dia melenting!!" Dusshhhh...
Huh...penatnya waktu puasa nilah suruh kita semua keluar pejabat buat kerja. Jam 8.30pagi bertolak dari pejabatku yang indah nan permai (keji statement palsu) dengan van Kia-Pregio. Aduh mak oii... pertama kali naik van model ni, terasa macam dalam tin aluminium, terhentak sikit sahaja "dum..peong..." macam bunyi tin ditiup angin. hahahaha.... Habis semua lagu dalam Hand phone kesayanganku @Sony Ericsson W850i saya dengar. Penat telinga...
Setibanya di Muar, driver terus menuju ke hotel "check-in". Tidak sempat rehat terus diarahkan beroperasi. Keji! Tak boleh tengok orang senang sikit. Inilah nasib orang seperti saya "SYMP"-saya yang menurut perintah. Hendak diluah mati mak, ditelan mati bapa. Tiada tempat mengadu...... :<>
Sampai sahaja tempat "jenayah"(CSI-Miami), terus jadi pak pacak depan lokasi. Bagai Laksamana zaman Hang Tuah. Panas! Tuhan sahaja yang tahu. En.M siap berjemur ala-ala "sun-tanning" dengan tali leher sekali. Sempat wat lawak petang dengan Ucop Sontorian untuk ambil gambar En.M hantar ke surat akhbar STAR dalam ruangan Candid. Mana tahu untung-untung menang RM50.00.
Dari jam 1.30pm bekerja dengan gigih sampai lupa masa buka puasa En.M . Betul ker gigih orang tua ni..... Menggigil badan lapar teramat sangat! Sampai di hotel terus serbu pula restoran hotel yang ada di tingkat 3. Ucop Sontorian apa lagi tanpa membuang masa dan segan menyahut cabaran "SERBU.............!!!!" Nasib baik sempat baca Bismillah. :> Lepas makan, masing-masing masuk bilik rehat sepuas-puasnya.
Hari ini dalam sejarah. En.M diangkat sebagai watak utama dalam segala perbualan. Jadi tumpuan utama. Calon Charutz Award. Baik buruk seseorang manusia itu terpulang pada tafsiran masing-masing. Mejulang status "Drama King" atau "Back-stabber" susah hendak diterima. Menarik: Zack pula indentiti "complicated" buat masa ini.

No comments: